GOTONG ROYONG PERDANA TAHUN 2026

Sempena Audit Dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang akan diadakan bermula 8 hingga 30 Jun 2026, Jawatankuasa Promosi akan mengadakan Gotong-Royong Perdana Tahun 2026 seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 5 Jun 2026 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Bangunan Ibu Pejabat & semua Mahkamah Rendah Syariah Selangor 

Kehadiran dan penglibatan adalah diwajibkan kepada semua warga JAKESS.Peruntukan duit makan tengahari disediakan melalui sumbangan PPKJ.Pakaian sukan yang menutup aurat. 

Makluman: Jika ada keperluan untuk membuang barang, mohon tuan/puan untuk memastikan barang tersebut bukan aset alih milik Jabatan. Sebuah tong roro juga akan disediakan di parkir motosikal pada 5 Jun 2026 (MTS sahaja).

Sekian Terima Kasih
JK Promosi EKSA JAKESS