18 December 2021, Klang - Hujan lebat di Lembah Klang bermula pada pagi Jumaat dan berterusan sepanjang hari hingga ke malam. Kejadian banjir telah melanda di seluruh Negara termaksulah Selangor, Perak, Pahang dan Wilayah Kuala Lumpur. Beberapa kawasan telah dinaiki air setinggi paras lutut.
Hal ini, menyebabkan banyak kawasan rendah dinaiki air dengan cepat. Termasuklah MRS Klang yang mengalami banjir dan operasi mahkamah terpaksa ditutup selama beberapa hari bagi membolehkan pembersihan dapat dilakukan dengan segera. Aktiviti gotong-royong dilakukan dengan bantuan staff MRS Klang sendiri bagi membersihkan kesan banjir di kawasan sekitar mahkamah.
0 Comments